Tuesday 30 September 2014

PELAJAR TINGKATAN 3 (2014)

Gambar pelajar Tingkatan 3 ( 2014 ) bersama guru.



Kami warga pendidik SMTISP mengucapkan 
selamat menduduki peperiksaan PT3 
buat semua pelajar tingkatan 3, sesi 2014.

HARI SUKAN 2014

SMTISP telah mengadakan kejohanan Hari Sukan Sekolah kali ke-4 pada 9 September 2014, Piala pusingan kali ini telah dimenangi oleh rumah sukan PINK..Pelbagai acara sukan telah berlansung untuk kategori indoor serta outdoor. Antaranya termasuklah acara dart, congkak, pingpong , carom  tarik tali, lumba lari 2 x 100meter , bola baling, futsal, dan sukaneka. Tahniah kami ucapkan..
Majulah sukan untuk ummah .

Wajah ceria mereka
(Aktiviti bola baling berpasukan)
Juara keseluruhan rumah sukan 2014
Rumah Sukan PINK membawa pulang piala pusingan
beserta hamper

Perbarisan Rumah Sukan
terdiri daripada rumah turqois, purple dan pink
Makan berjemaah
sebelum aktiviti dijalankan
WAJAH CERIA ANAK-ANAK SMTISP
melafazkan ikrar hari sukan sekolah 2014







AKTIVITI PELAJAR SECARA BERKUMPULAN KHB TINGKATAN 1 2014

Pelajar tingkatan 1


Aktiviti berkumpulan

Usaha tangga kejayaan


SYARAT KEMASUKAN KE SM TAHFIZ INTEGRASI SRI PINTAR



MAKLUMAN
  • SM Tahfiz Sri Pintar hanya membuka tawaran kemasukan bagi pelajar tingkatan 1,  tingkatan 2 dan tingkatan 3
  • Merupakan sekolah tahfiz harian dan tiada kemudahan asrama disediakan
  • Waktu persekolahan bermula dari pukul 8.00pg hingga 4.30ptg , kecuali pada hari jumaat dari 8.00pg hingga 5.30ptg

SYARAT KELAYAKAN
  1. Pandai membaca Al- Quran
  2. Berminat untuk menghafaz Al-Quran
  3. Keputusan UPSR sekurang-kurannya 3A
  4. Keputusan PSRA  sekurang-kurannya jayyid jiddan

YURAN PERSEKOLAHAN SM TAHFIZ INTEGRASI SRI PINTAR



YURAN PERSEKOLAHAN SM TAHFIZ INTEGRASI SRI PINTAR

Yuran Pendaftaran Baru                                                        :  RM200
Yuran Tahunan (Fasiliti & Peralatan/                                    :  RM800
Kokurikulum Persatuan/Kelab/Ujian & Peperiksaan/
Kebajikan & Kesihatan)
Yuran PIBG                                                                             :  RM50
Yuran Semester 1( Jan hingga Jun)                                       :  RM 300              
Yuran Semester 2( Jul hingga Nov)                                        :  RM 300       
Yuran Bulanan                                                                        :  RM500
Uniform                                                                                   :  RM45


JUMLAH KESELURUHAN KEMASUKAN                        :  RM1845
/PENDAFTARAN PELAJAR BARU
(Termasuk yuran bulan Januari)  
    
YURAN BULANAN                                                               :  RM450

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DI SMTISP




KURIKULUM TAHFIZ
  • Tasmi' dan Murajaah


DINIYYAH

  • Nahu/Saraf, Mutaalah, Tafsir, hadith ,Fiqh ,Tauhid dan Tarikh Islam ( Sirah )



AKADEMIK

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Sains, Kemahiran Hidup,Sejarah , Geografi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab


KAKITANGAN DAN FASILITI




Jumlah Bilangan Guru dan Kakitangan

Jumlah bilangan guru tetap termasuk mudir adalah 8 orang.
Manakala jumlah bilangan kakitangan tetap bukan guru adalah 1 orang.



Kemudahan Sedia Ada

Sekolah Sri•Pintar menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:-
Pejabat / Bilik Mesyuarat                             - 1 unit
Bilik Guru                                                     - 1 unit
Dewan Perhimpunan / Solat                        - 1 unit
Surau Perempuan                                        - 1 unit
Kelas                                                            - 3 unit
Dewan Makan / Rehat                                  - 1 unit (lelaki / perempuan)
Stor                                                               - 1 unit
Tandas                                                          - 5 unit

Ruang Bacaan                                              - 1 unit

AHLI LEMBAGA PENGELOLA

Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Sri•Pintar terdiri daripada:

En. Ismahali Ridzwan Mohamad Ismail         - Pengerusi

En. Ismahali Ridzwan Mohamad Ismail

Hj. Azli Yusof                                                  - Setiausaha / Pengarah Operasi

Hj. Azli Yusof      


En. Mohd Yazsid Mat Raschid                       - Bendahari / Pengarah Kewangan

En. Mohd Yazsid Mat Raschid   


Us. Rizuan Rahmat                                        - Pengetua SM Tahfiz Integrasi Sri•Pintar

Us. Rizuan Rahmat   

FALSAFAH DAN OBJEKTIF SEKOLAH



Falsafah Pendidikan

SM Tahfiz Integrasi Sri●Pintar, Shah Alam ditubuhkan dengan falsafah pendidikan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, berdaya saing, berdaya maju dalam bidang akademik, agama dan teknologi maklumat serta mempunyai jati diri yang mantap dan berketrampilan.

Objektif

Menguasai dan meletakkan al-Quran sebagai tunggak ilmu pengetahuan.

Melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu akademik, agama, dan teknologi maklumat.

Menzahirkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amal islami.

Membentuk minda pelajar dengan peradaban Islam dan akhlak mulia.

Merintis metod-metod baru pendidikan seiring dengan dasar pendidikan negara setanding
dengan perkembangan pendidikan semasa.

SEJARAH PENUBUHAN SM TAHFIZ INTEGRASI SRI PINTAR




Sekolah Sri•Pintar Shah Alam diurus oleh Stirling Consulting Group Sdn Bhd. Sekolah ini telah beroperasi sejak 12 tahun yang lalu dan bermula pada tahun 1999. Pengambilan pelajar telah bermula dengan kumpulan pelajar pertama Tahun 1 seramai 50 orang. Sekolah Sri•Pintar kini mempunyai purata 200 orang pelajar terdiri daripada pelajar Pra 5 dan 6 tahun hingga tahun 6, dengan purata 25 orang pelajar setiap peringkat umur dan kelas.

Sejak dari permulaan operasi, Stirling Consulting Group telah menyewa 2 lot bangunan rumah kedai tiga tingkat di alamat No 22 – 24, Jalan F7/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Melalui pengurusan berkesan, perbelanjaan berhemah dan pendekatan pendidikan yang unik, Sekolah Sri•Pintar dapat berdaya saing walupun hanya bergantung kepada yuran perbelanjaan daripada murid-murid dan suntikan modal Ahli Lembaga Pengelola Pengarah Syarikat yang juga Ahli Lembaga Pengelola sekolah.

Pada tahun 2010, SM Tahfiz Integrasi Sri•Pintar telah beroperasi sebagai kesinambungan kepada sekolah rendah dan sebagai memenuhi permintaan daripada ibu bapa dan masyarakat setempat.


PROFIL SEKOLAH




PROFIL SEKOLAH


NAMA SEKOLAH               :           SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ INTEGRASI SRI                                                            PINTAR

NAMA PENGETUA             :           USTAZ RIZUAN BIN RAHMAT

EMAIL                                   :           smtisp2010@gmail.com

WEBSITE                               :           www.sripintar.edu.my

TELEFON                              :           03-55191205/013-6772034

FAKSMILI                             :           03-55191206

ALAMAT                               :           01-07-01 WORLDWIDE@7,
                                                            JALAN LAZUARDI 7/29,
                                                            SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM,

                                                            SELANGOR DARUL EHSAN