Tuesday 30 September 2014

SEJARAH PENUBUHAN SM TAHFIZ INTEGRASI SRI PINTAR




Sekolah Sri•Pintar Shah Alam diurus oleh Stirling Consulting Group Sdn Bhd. Sekolah ini telah beroperasi sejak 12 tahun yang lalu dan bermula pada tahun 1999. Pengambilan pelajar telah bermula dengan kumpulan pelajar pertama Tahun 1 seramai 50 orang. Sekolah Sri•Pintar kini mempunyai purata 200 orang pelajar terdiri daripada pelajar Pra 5 dan 6 tahun hingga tahun 6, dengan purata 25 orang pelajar setiap peringkat umur dan kelas.

Sejak dari permulaan operasi, Stirling Consulting Group telah menyewa 2 lot bangunan rumah kedai tiga tingkat di alamat No 22 – 24, Jalan F7/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Melalui pengurusan berkesan, perbelanjaan berhemah dan pendekatan pendidikan yang unik, Sekolah Sri•Pintar dapat berdaya saing walupun hanya bergantung kepada yuran perbelanjaan daripada murid-murid dan suntikan modal Ahli Lembaga Pengelola Pengarah Syarikat yang juga Ahli Lembaga Pengelola sekolah.

Pada tahun 2010, SM Tahfiz Integrasi Sri•Pintar telah beroperasi sebagai kesinambungan kepada sekolah rendah dan sebagai memenuhi permintaan daripada ibu bapa dan masyarakat setempat.


No comments:

Post a Comment