Tuesday 30 September 2014

FALSAFAH DAN OBJEKTIF SEKOLAH



Falsafah Pendidikan

SM Tahfiz Integrasi Sri●Pintar, Shah Alam ditubuhkan dengan falsafah pendidikan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, berdaya saing, berdaya maju dalam bidang akademik, agama dan teknologi maklumat serta mempunyai jati diri yang mantap dan berketrampilan.

Objektif

Menguasai dan meletakkan al-Quran sebagai tunggak ilmu pengetahuan.

Melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu akademik, agama, dan teknologi maklumat.

Menzahirkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amal islami.

Membentuk minda pelajar dengan peradaban Islam dan akhlak mulia.

Merintis metod-metod baru pendidikan seiring dengan dasar pendidikan negara setanding
dengan perkembangan pendidikan semasa.

No comments:

Post a Comment